Monday, October 18, 2010

Tengku Fa-iz dilantik Tengku Mahkota Kelantan



SULTAN MUHAMMAD V (kanan) menyerahkan watikah pelantikan Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fa-iz di Istana Negeri, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada pukul 2 petang semalam.
Mohd. Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Fa-iz, 36, ialah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.
Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974 dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.
Mohd. Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

tiba-tiba aku rasa ingin bersajak

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Usman Awang 1979

tragedi 7-4-2005

            Selesai sudah semester dua,..setelah aku pulang dari perkhemahan HINEX CAMP  di terengganu, aku pun pulang ke kg nenek aku di jerantut .kebiasaanya aku mmg akn pulang ke jerantut terlebih dahulu sebelum balik ke klate...Masa ni cuti semester yg lama tu la,,yg cuti 3 bulan...semua student mmg menanti cuti ni, sb tu sesetengh student panggil cuti ni cuti buat duit....ramai yg akn bekerja...aku termasuk salah seorang daripadanya..mklumlah org susah,sekurang2nya klu aku keje leh ringankn beban mak ayah aku sikit.tol x?mesti ko org ckp tol kn?hihihiih...aku ni ahli nujum, leh tahu jawapan ko org semua...hahahahahah....
         Setelah seminggu aku pun dapatlah keje kt tmpt keje aku dulu, smk teknik kuala lipis. sebelum tu aku nk bg tau ko org, selepas aku stop keje sini sb nk gi upsi, mber kg aku telah ganti tempat aku, tp umur dia x panjang sb meninggal dunia kemalangan jln raya kt Penjom...al fatihah buat kwan aku.....semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...amin........
        Berbalik kepada cite aku, setelah aku stat keje kt sini, mmg seronok lah sb dapat jmp kawan lama, dalam 3 hari aku keje, atok mber aku meniggal dunia kt kg besul, jerantut. Masa tu aku tgh potong ayam kt dapur, aku tgk pisau potong ayam yg tajam tu, klu kena tgn aku ni mmg putus...pas tu mber aku dtg, dia ckp mlm ni kena bali kg sb pasal berita td..so, siap aku settle sume keje, aku pun balik, dia naik muto sorg, aku mbonceng dgn mber aku....
        Keesokkan paginya aku pun pergi ke kubur utk tolong yg mana patut, masa tu jenazah lum di kebumikan, jd sb keje aku kena balik awal...aku pun tumpang lah mber aku, tp aku yg kena drive sb mber aku x ber sihat. akiu pun bw la muto Yamaha RXZ, vvvvvvrrrrroooooooommmmmmmm......perjalanan lancar mcm biasa, bila aku gerak dlm 15 km, muto wat hal, gear tercabut, aku pun repair jp, pas tu aku suh mber aku lg drive, dia tetap jgk x nk bw....
       Aku pun drive lagi, vvvrroooommmmmmm........aku ni bknnnya rempit, bw muto slow jer....aku pun drive....lgi,,,vvvvrrrooooommmm.....pastu.....tuuuuunnnnggggggg.,,,,boooooommmmmm.....kebaboooommmm.....tiba2 rasa diri ni mcm superman kejap...fuhhhh......bes jgk time tu...nk tau apa selanjutnya???ikuti episod seterusnya......hahahahaha......sambung ln hari lak cite aku ni, nk tgk budak studi jp...bubaaai.........