Thursday, October 20, 2011

pelajar aku tanya apa itu blog semasa p&p???

sudah lama aku tidak menjenguk blogku ini..jadi dikesempatan ini aku nk cerita sikit pasal budak aku yg tnya apa itu blog.masa ni aku tgh ajar budak ni karangan ttg kebaikan blog kepada para pelajar.jadi masih ada lg segelintir pelajar yg masih blum mgetahui apa itu blog.almaklum lah sekolah ku ni luar bndar sikit...tapi nk kata ketinggalan x jugak sb budak ni kdg2 lebih hebat drp cikgu dlm sesetengah hal...
        jadi nk dipendekkan cerita aku bawa note book aku masuk dlm kelas...aku pun buka blog aku dan beberapa jenis blog lain untuk di tunjukkn kepada mereka,ada yg faham dan ada juga yg ramai x faham,al mklum lah mgajar budak kelas hujung ni pnjg sikit nk kena cerita kat diaorang...huuuuu....aku pun bkn terer jg pasal nk wat blog ni...ni pun tok guru aku yg ajar,En. Faizal Abi Setama....lama dah x jumpa kakah tu...ntah mana menghilang pun x tau...tp aku tgk dlm fb dia...leh dikatakan seminggu tu ada je dia ckp masuk komisen,sb dia ni terer bab2 nk cari duit kot internet...
       berbalik semula kpd cerita aku tadi...selepas aku cite kat pelajar aku ni cara nk wat blog,masing2 bersemangat nk wat blog,tp aku dah fahm budak2 ni,semangat kejap je, bila abis je waktu sekolah mula lah nk merempit...ok lah, aku cau dlu,nt klu bos round,kantooiii lak....salamm........

Tuesday, January 25, 2011

Ambulans tak kunjung tiba

SAYA ingin meluahkan kekesalan dengan sikap Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Kangsar, Perak.

Pada Sabtu 22 Januari 2011 pukul 7.45 pagi jiran saya memanggil saya dan keluarga untuk membantu suaminya yang terkena serangan jantung. Isterinya meminta saya mendapatkan bantuan ambulans daripada Hospital Kuala Kangsar yang jarak perjalanan tidak sampai 15 minit sahaja ke kediaman kami di Bukit Chandan.

Saya membuat panggilan pertama pada 7.50 pagi dan meminta supaya dihantar ambulans pada kadar segera. Ketika itu pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda kritikal. Sehingga pukul 8.10 minit ambulans masih tidak sampai. Pada masa itu pesakit sudah berada dalam keadaan kritikal atau nazak.
Saya membuat panggilan kedua pada pukul 8.12 pagi. Alasan paling menyakitkan hati saya dengar ialah "Ambulans sedang diisi minyak. Maaf sekiranya lambat."
Kira-kira pukul 8.15 pagi pesakit tadi sudah tidak bergerak dan telah pun meninggal dunia. Panggilan ketiga saya buat pada pukul 8.20 pagi untuk memberitahu yang pesakit sudah meninggal dan ambulans masih belum sampai.
Kali ini alasan yang saya terima pula ialah "Saya baru dapat panggilan dari Encik pukul 8.12 pagi (sedangkan itu panggilan kedua saya). Maaf ambulans tadi tiada minyak."
Ambulans sampai kira-kira pukul 8.25 pagi. Pegawai yang memeriksa hanya mengatakan pesakit sudah tiada dan itu semua kerja Tuhan.
Fikirkanlah, pihak hospital sangat cuai dengan membiarkan ambulans tanpa minyak. Alasan-alasan yang diberikan sangat tidak masuk akal.
Saya tahu ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi sekurang kurangnya kita cuba sedaya upaya berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Saya minta pihak berkenaan seperti pengarah hospital, Jabatan Kesihatan Negeri atau daerah, tolong ambil berat masalah ini.
Jangan sudah terkena kepada ahli keluarga sendiri baru hendak ambil tindakan.
Hospital bekerja dalam tiga syif dan difahamkan Hospital Kuala Kangsar ada lebih daripada empat ambulans. Takkan semua tidak ada minyak.
Ini perkara yang sangat memalukan memandangkan Kuala Kangsar adalah Bandar Diraja. Saya harap perkara ini tidak berulang. Pengarah hospital tolong turun padang lihat anak buah anda bekerja.
Memang perkara ini kecil bagi pengarah-pengarah semua, tetapi besar pada kami yang pentingkan nyawa.
SHAHRUL,
Kuala Kangsar, Perak

sumber (utusan malaysia, 26 jan.2011)

Monday, January 24, 2011

Novel "Interlok" tidak rendahkan martabat sesiapa.


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan bahawa novel Interlok hasil karya sasterawan Abdullah Hussein tidak mempunyai motif untuk menghina atau merendahkan martabat mana-mana individu atau kumpulan kaum dalam negara.


Perbincangan meja bulat MBM dari Perspektif Belia Malaysia mengenai novel berkenaan hari ini turut merumuskan bahawa ia merupakan satu karya yang jujur serta sarat dengan pengajaran untuk menjadikan pembaca lebih kritis dan menerima peristiwa-peristiwa sejarah yang mengiringi proses pembentukan negara.


Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee semasa menyampaikan resolusi meja bulat itu kepada pemberita di sini, turut merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan novel ini perlu diberi perhatian serius agar tidak terjadi sebarang kekeliruan tafsiran sehingga boleh menyinggung mana-mana pihak.


Panel meja bulat itu terdiri daripada pakar sastera Dr. Fatimah Busu, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ambigapathy Pandian dan Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, dengan Mohamed Maliki bertindak sebagai pengerusinya.


Perbincangan meja bulat itu turut menyelar tindakan individu serta pemimpin politik yang dilihat semakin berani memainkan isu perkauman dan agama demi meraih sokongan serta pengaruh daripada rakyat.


Dr. Ambigapathy ketika ditemui pemberita pula berkata teks Interlok yang diajar dalam subjek Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk pelajar tingkatan lima perlu diajar oleh guru-guru yang berpengalaman serta memahami maksud sebenar konteks teks itu secara keseluruhannya.


"Sebagai seorang ahli akademik, saya berpendapat teks itu sangat bagus, tetapi bagaimana cara ia diintrepretasikan di dalam kelas adalah penting supaya maksud sebenar sampai dan ia tidak disalah erti oleh para pelajar,” katanya. - Bernama