Thursday, October 28, 2010

ramai yg buta sejarah

Orang muda buta sejarah!



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

BEBAN TUGAS GURU

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.
"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

Tuesday, October 19, 2010

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

kenangan masa semester 1&2

            Semester dua merupakan semester terakhir untuk aku bergiat aktif di upsi...nk tau sbnya knp???tggu episod akn datang..hihihii....Masa semester dua ni juga aku ada kenal dgn budak johor, nama dia aku dah lupa dah, sori bro, tapi muka demo kawe sentiasa ingat. Dia ni suka main skateboarding, tapi xder kawan kt upsi yg nk main. Tapi sib baik aku knl dia lebih awal, jadi ada la partner nk main skateboarding. Aku dan dia cuba memberanikan diri main kt court bola jaring, sb simen dia mmg sesuai untuk aku meluncur dan lompat2...Masa ni aku beli papan luncur guna duit PTPTN...huhuuu
          Setelah lama aku main, ramai lak budak2 upsi yg dtg tgk, pas tu ada jgk yg join sekali main. Makin lama makin ramai.MMg riuh la time tu,...Tapi ada jgk bdk laki yg mnyampah tgk kami main.Kunonnya nk tunjuk skill dan lagak lah...Mmg pon nk tunjuk skilll....wakakakakakak....yg ko org bengang dgn kami tu ngape?kami bkn kaco ko org pon....huhuhu....Sori la kengkawan, aku x der gmbr masa tgh meluncur nk upload..sb masa tu x der duit nk beli kamera digital n h.pon yg ada kamera, aku guna hpon 3310 jer...huhuhu....


Monday, October 18, 2010

Tengku Fa-iz dilantik Tengku Mahkota Kelantan



SULTAN MUHAMMAD V (kanan) menyerahkan watikah pelantikan Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fa-iz di Istana Negeri, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada pukul 2 petang semalam.
Mohd. Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Fa-iz, 36, ialah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.
Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974 dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.
Mohd. Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

tiba-tiba aku rasa ingin bersajak

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Usman Awang 1979

tragedi 7-4-2005

            Selesai sudah semester dua,..setelah aku pulang dari perkhemahan HINEX CAMP  di terengganu, aku pun pulang ke kg nenek aku di jerantut .kebiasaanya aku mmg akn pulang ke jerantut terlebih dahulu sebelum balik ke klate...Masa ni cuti semester yg lama tu la,,yg cuti 3 bulan...semua student mmg menanti cuti ni, sb tu sesetengh student panggil cuti ni cuti buat duit....ramai yg akn bekerja...aku termasuk salah seorang daripadanya..mklumlah org susah,sekurang2nya klu aku keje leh ringankn beban mak ayah aku sikit.tol x?mesti ko org ckp tol kn?hihihiih...aku ni ahli nujum, leh tahu jawapan ko org semua...hahahahahah....
         Setelah seminggu aku pun dapatlah keje kt tmpt keje aku dulu, smk teknik kuala lipis. sebelum tu aku nk bg tau ko org, selepas aku stop keje sini sb nk gi upsi, mber kg aku telah ganti tempat aku, tp umur dia x panjang sb meninggal dunia kemalangan jln raya kt Penjom...al fatihah buat kwan aku.....semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...amin........
        Berbalik kepada cite aku, setelah aku stat keje kt sini, mmg seronok lah sb dapat jmp kawan lama, dalam 3 hari aku keje, atok mber aku meniggal dunia kt kg besul, jerantut. Masa tu aku tgh potong ayam kt dapur, aku tgk pisau potong ayam yg tajam tu, klu kena tgn aku ni mmg putus...pas tu mber aku dtg, dia ckp mlm ni kena bali kg sb pasal berita td..so, siap aku settle sume keje, aku pun balik, dia naik muto sorg, aku mbonceng dgn mber aku....
        Keesokkan paginya aku pun pergi ke kubur utk tolong yg mana patut, masa tu jenazah lum di kebumikan, jd sb keje aku kena balik awal...aku pun tumpang lah mber aku, tp aku yg kena drive sb mber aku x ber sihat. akiu pun bw la muto Yamaha RXZ, vvvvvvrrrrroooooooommmmmmmm......perjalanan lancar mcm biasa, bila aku gerak dlm 15 km, muto wat hal, gear tercabut, aku pun repair jp, pas tu aku suh mber aku lg drive, dia tetap jgk x nk bw....
       Aku pun drive lagi, vvvrroooommmmmmm........aku ni bknnnya rempit, bw muto slow jer....aku pun drive....lgi,,,vvvvrrrooooommmm.....pastu.....tuuuuunnnnggggggg.,,,,boooooommmmmm.....kebaboooommmm.....tiba2 rasa diri ni mcm superman kejap...fuhhhh......bes jgk time tu...nk tau apa selanjutnya???ikuti episod seterusnya......hahahahaha......sambung ln hari lak cite aku ni, nk tgk budak studi jp...bubaaai.........

Sunday, October 17, 2010

akibat ingkar cakap guru

           Beberapa hari nk exam PMR, seorang pelajar aku eksiden. Aku dah pesan kt semua pelajar agar jgn balik tanpa kebenaran aku. Tapi dia x nk dgr ckp aku. Aku pun call ayah dia ckp anak dia balik tanpa kbenaran. Risau jgk aku kot2 jadi apa2..kotnya pergi melencong tmpt ln ker..mlm tu ayah dia pun call aku ckp dia ada kt rmh..jadi x la risau sangat aku. Dua hari nk exam ayah family dia dtg asrama jmp aku, ayah dia ckp anak dia eksiden. Terkejut sotong aku d buatnya, esk dah la nk exam..pas tu aku tnya anak dia mcm ner..ok ke x???aku pun tgk sndiri kecederaan yg di alaminya, sib baik luka kecil jer, xder patah sana sini..cuma calaar2 jer kt muka dan lengan...biasa la anak jantan..so, aku bg la sket kata2 semangat supaya dia kuat semangat nk exam...
         Mlm ni aku dgr lagi cite pasal budak aku eksiden, aku dah pesan kt budak tu supaya x paaaayah balik, awk tu dah la nk spm xlama lagi,. Tapi dia ckp kat aku rindu kg, sudah sebulan x balik, atas dasar keperimanusiaan aku pun bg la dia pulang....zaman aku dulu sonok jer tinggal di asrama, rasa mcm x nk pulang jer kt kg, klu balik kg pun sb duit xder..hihihihi....Esok klu ada masa terluang nk gi melawat dia...kecian lak,dgr cite abis calar2 kt muka, aku rasa dia x merempit, sb dia pelajar yg baik..tukang azan kt asrama...huuuuu...apa2 pon moral of the story, klu cikgu larang sesuatu tu jgn lah dok melawan...

apabila GreatTeacherNudin kebosanan.

            Hari ni aku busan sangat2..xtau nk wat per...nk kuar x der kete, awek aku pinjam. Dia gi kl cari barang2 nk tunang. Jadi dia pinjam kete aku sebab kete aku aotu, kete dia manual..faham2 jela klu kt kl bawa manual hari minggu, leh tercabut labu betis...huhuuhu...sori la sayangku, xdpt teman gi kl sb ada tanggungjawab yg lebih penting lagi..lg pun bos dah bising ari tu sb selalu kuar...huhuhu...semoga semua urusannya berjalan dengan lancar..amin......
            Ari ni 3 4 kali aku buka off laptop...buka pesssbukk, tgk blog...tp busan jgk...x tau nk wat per.line internet lak slow.arggghhhhh....tensen aku..dalam ketensenan aku pon gi lah lepak kt kantin asrama tgk tukang masak untuk budak ptg nt..lauk ptg td nasi tomato...aku pun cek la sikit2 tahap kbersihan kantin, alhamdulillah semua ok...diaorg mmg jaga tol kersihan..diaorg masak pon leh tahan jgk sedap, setakat 2tahun aku jd warden ni, masakan diaorg mmg menepati citara rasa aku, lg pun aku ni jenis yg x memilih sangt bab mkn..sekadar leh wat perut aku ni hilang mnyanyi jadilah...hehehehe...
            Sambil aku dok mkn cucur udang, diaorg sempat bg tau aku budak2 ni selalu bawa cawan dan pinggan masuk bilik. Banyak pinggan dan cawan x cukup. Aku apa lg, bengang la bila budak2 ni wat hal. Sambil cucur udang di mulut aku bergegas naik bilik budak2 ni, wat spot chek. Ada gak la pinggan dan cawan kt bilik budak2 ni. Bila aku tanya x nk mgaku. Aku pun angin la, marh kt budak2 ni x ada kesedaran sivik langsung, bilik lak bersepah, mcm kapal pecah. (dlm hati aku nk gelak jer sb tgk muka budak masing2 wat muka sposen, padahal aku dulu pun mcm tu jgk..hihihihihi sambil cover gelak). Pas tu aku pun suh diaorg kemas bilik. Masa aku wat spotchek td ada la jmp majalah pasal kete, jd aku pun rampas la. Budak2 x leh baca majalah pasal ni, bg cikgu bc x per, sb ko org x der kete.heheheheh....aku bg tau la tuan punya majalah ni, klu nk balik majalah, jmp cikgu kt bawah....fahaaaamm????faham cikgu!!!! dgn nada suara dlm tekak yg x nk bper kuar.....hahahahahahah.....

Saturday, October 16, 2010

selayang pandang Bajet 2011

             Pas solat Jumaat baru ni aku pon balik la tido kejap.kerana ngantuk sangat...baru nk lelap mata En.Amir datang rumah aku, pasang tv kuat2, tu lah punca aku tersedar dari tidur, kuang asam punya amir gnggu aku tidur...hihihihihi...jgn mrh bro....hahahahah.Tapi bgus jgk dia wat cam tu, leh aku join sekali tgk bajet,..Di sini aku bg info sikit kat mereka yg x sempat nk tgk bajet 2011 kt tv atau surat royak(akhbar).

1. Imbuhan khas 500 kpd penjawat awam Gred54 dan ke bawah.
2. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran.
3. Kadar tol lebuh raya PLUS x di naikkan untuk 5 tahun.
4. PTK dimansuhkan.
5. Skim Rumah Pertamaku untuk isi rumah berpendapatan rm3000 kebawah dan harga rumah dibawah rm220,000.
5. Cuti bersalin fleksibel di tambah sehingga 90 hari bergaji penuh.
6. Kenaikan elaun Pengerusi JKKK, Tok Batin rm800, imam rm750, dan guru kafa rm800.
7. Gaji minimum pengawal keselamatan rm500.
8. Cukai semua jenis telefon bimbit di mansuhkan.

          Tu sedikit aku sempat tulis untuk bacaan ko org, tu pon klu ko org rajin nk baca la..klu nk info lebih lagi ttg bajet 2011 ko org cari la kt internet tu, berlambak yg akn kuar... Apa2 pun aku nk tanya ko org ttg bajet ni,.ok ker x?bgus ke x?mesra rakyat ker x?apa2 lah...
         Bagi pendapat peribadi aku lah, bajet tahun ni boleh lah di katakan sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat,.sb apa aku kta sesuai??sbnya skim rumah pertamaku yg diberikan oleh kerajaan utk golongan muda ni mmg cukup sempurna..skang ni aku tgh dok fikir sama ada nk beli rmh ke x tahun depan..apa2 pun tgk la rezeki mcm ner dulu...huhuhuhu....
         Ko org bleh la komen or bg pendapat ttg bajet 2011 ni.............

PATRIOTISME dan PROSBOC


            Apa  itu patriotisme???mesti anda semua pernah dgr, dan ada jgk yg tahu maksudnya...tapi setakat manakah mendalamnya sikap patriotisme dalam kalangan kaum muda hari ini? Sedikit pengetahuan untuk anda semua. PATRIOTISME Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap
'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, danistilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan
kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem. Cheeewwwaaahhhh... mcm ahli sejarah lak aku ni..hahahahaa..
          Namunn, jika kita tinjau pada hari ni, sikap patriotisme dalam diri anak muda semakin berkurangan, aku pun x tau sama ada aku ni mmpunyai sikap  yg di maksudkan itu, aku juga keliru, adakah sikap patriotisme yg ada dalam diri aku ini hanyalah untuk kepentingan peribadi semata-mata. Sikap ini lah yg harus di buang dalam diri jati diri anak2 muda zaman sekarang...Berbeza dengan org dulu2, pejuang kebangsaan, tokoh2 ilmuan yg bermati-matian untuk mmpertahankan negara daripada di jajah oleh pihak luar..aku sebenarnya bila cite hal ni mmg bersemangat. tapi aku takut nanti ko org semua busan lak baca blog aku ni..ok la aku stop sampai ni jer..nt ada masa aku cite plak...
                Sempena bulan kemerdekaan yg lalu aku dan group prosboc jerantut serta dari muar sempat menyertai akiviti yg di anjurkan oleh MAJLIS DAERAH JERANTUT. Tean MYIVI EKSTREME pun ada gak yg join..mmg meriah la...terima kasih ats sambutan anda semua untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. PEACE, NO WAR...........
            




              

rona-rona kehidupan di upsi3


              Berbalik kepada kisah aku di upsi, setelah tamat sem satu, aku pun masuk sem dua, masa ni aku masih lagi menetap di upsi...aku pergi kelas masih lagi menaiki bus..kadang2 aku tumpang muto kawan aku,...masa ni aku dok sebilik dgn budak selangor, aku panggil dia mie...orgnya sporting dan gila2 sikit..tp otak geliga..housemate aku ni suka main badminton...dia ni x pernah mkn budu, jadi aku lah org pertama yg mengajarnya mkn budu..lama2 dia ketagih, ada satu masa tu dia letak budu dalam kuah megi, aku cakap gila ke ko ni...aku pon x pnh buat, tp dia ckp sedap...hahahahahah....ntah skang dia mkn megi dgn budu lg ke x aku pon x tau...lama dah aku lost kontak dgn dia...semoga dia dalam keadaan sihat sejahtera....
           Masa aku sem dua ni aku boleh la di katakan aktif join kelab kelana siswa upsi..masa ni aku memikul tanggung jawab sebagai Pen.Pengerusi Pengakap UPSI. Wadi lak jadi Pengerusi...aku dgn wadi ni mmg berpengakap sejak zaman sekolah lagi...mmg klu zaman sekolah dulu, sebut jer nk khemah, mmg kami lah org yg mula2 isi borng, baik peringkat sekolah mahu pun peringkat kebangsaan...last aku join peringkat kebangsan pada tahun 2002, JAMBORI MALAYSIA  di SIK, RIMBA TAQWA, KEDAH.
         Masa di UPSI ni aku mmg aktif bercamping, sb aku ni mmg seorang yg suka kepada aktiviti lasak,..pantang nk gi camping mesti nk ikut...hehehehehe....

kisah aku masa tinggal di asrama SMK SID (2)

            Masa aku tinggal di asrama ni merupakan kisah yg paling menyeronokkan. Aku masuk asrama masa aku ting5, tu sebab aku ada masalah keluarga sikit..Jadi sebab aku dah otai masa ni kt sekolah, budak2 asrama x berani nk buli aku, jadi aku yg buli budak2 lama yg dok asrama....hahahah...koya ganah maso nih...aku merupakan seorang yg aktif bersukan ketika zaman persekolahan, petang2 mesti aku akn main bola dgn budak2, joging keliling padang berdekatan dgn PPD Pasir Mas, sb asrama aku bersebelahan dgn PPD. Warden aku masa ni namanya cIKGU Rosli, muka mmg baik, tuannya kecik jer, tapi garang giler...aku mmg takut padanya, sekali dia rotan budak, mak ooooooiiiii....seminggu x hilang kesan...tp aku x pernah kena rotan sb aku berhati2 bila buat hal, org ckp pandai2 la nk hidup....hahahaha....
           Budak2 zaman skarang klu kena rotan mmg akn repot kt mak bapak diaorg, pas tu mak bapak plak salahkan guru, siap ada yg kena saman lagi..aku dulu klu kena rotan kt cikgu, klu bg tau mak aku, mmg mak aku lak yg tambah....huhuhuuhu....kesiaaan....sb tu aku jadi manusia sekarang, bdk2 skrg ramai yg x jadi manusia, salah satu faktor adalah kerana sikap ibu bapa itu sendiri yg menjadi tuan kepada anak2...ni  merupakan salah satu tanda kiamat...eh, koya alim lak aku nih....hahahaha..
          Cikgu Rosli ni jgk mmg seorang yg aktif bersukan, dia juga di gelar sbg Leftenan Muda, sb dia selalu gi kem askar latih budak2 wataniah...pernah satu petang aku dan mber2 aku main bola sampai ke maghrib, masa tu hari hujan, mmg seronok lah berkubang dalam air...aku main kt tgh ruang antara blok asrama dgn kantin, nk main kt padang x boleh sb pdg tgh renovate, di timbus dgn tanah untuk tanam rumput baru, so mmg x dpt lah nk main bola bila hujan sebab penuh selut..huhuhuu....
        Nak di jadikan cerita mlm tu cikgu Rosli naik kt  surau, dia tanya sape yg main bola td masa maghrib????, aku pandang memandang antara stu sama lain, masing2 x nk mengaku, bila dia jerkah dgn suara yg kuat, aku otomatik berdiri, mber2 aku yg lain pon sama...masing2 mengaku...aku kecut perut dah masa ni takut kena rotan, jadi dia suruh kami main bola tgh malam kt padang yang berselut dgn kain berpelikat, fuuuhhhhhh...lega terlepas drp kena rotan dia...masa tu hujan lebat jgk..dia sonok jer tgk kami main, siap gelak lagi...aku dn kawan2 pon terus main,main, main dan main....sampai lah dia suruh stop...penuh selut satu badan....mmg jadi toyol lah aku masa ni....hahahahaha.....terima kasih cikgu rosli yg di sayangi....

                 

cat makmal komputer

            Pagi tadi sebelum gi merisik sempat jp aku teman En..Amir dan Cik Aida mengecat makmal komputer utk pertandingan keceriaan..minggu depan pemantauan dari PPd bermula..so masa dah x ada..jadi aku tolong mana yg patut jer..tolong tgk...hahaahahaha...aku kerah beberapa budak aku kt asrama utk  mngecat dan angkut barang...tp bila cat duo tigo lekok, masing2 dah mls nk buat...huhuuh...apa nk jd la budak2 aku nih...jadi aku terpaksa tinggalkkn budak2 aku kt makmal, sb aku ada majlis yg lg penting pada sebelah petang...semoga ko org semua dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang....

                                       

Selesai sudah adat Merisik...

            Hari ni selepas teman mber aku cat makmal, aku pon pulang ke rumah nenek aku kt Besul...Sebelum pergi merisik aku buat sedikit persiapan..Moksu aku plak dok sibuk kt dapur buat kek, aku dgn poksu aku plak dok sibuk borak kat dapur pasal anak lembu aku yg baru beranak...heheheheh...kata poksu aku, anak lembu aku dalam kadaan baik...alhamdulillah....kalau ada rezeki, pas raya haji ni cadang nak beli sekor lagi mak lembu...mintak2 la ada org nk tolak murah2....huhu....
            Sedang aku dok sibuk borak, moksu aku panggil, katanya mintak tolong buh kek yg di potong dalam tupperware...aku pun tolong la isi...sambil2 tu aku isi dalam mulut aku jgk...hihihi....moksu aku buat kek coklat, pas tu dia pon wat kuar satu lagi kek lapis dalam ovon...aik????aku tanya dia, ada lagi ke kek?ingtkn wat kek coklat jer...aku pon try lah mkn kek lapis tu....pergggghhhhh.....sedap gileeer...sblum ni aku tau mkn kek coklat jer,,..x tau plak moksu aku ni pndai wat kek lapis..sbenarnya moksu aku ni mmg pandai pon wat kek, sb dia pernah keje kt kedai kek dulu, jd dapatlah ilmu tu sikit2..jiran2 aku pon bila time raya mesti jmp moksu aku mintak resepi nk buat kek dan biskut raya...aku pon pandai jgk buat kek raya...tp pandai mkn la...hahahahahah...Sape2 yg nk tempah kek ni leh email aku.....kek coklat aku x sempat nk amik gmbr td...sori...huhu...

                                                         

             Bila siap wat kek, aku pon bersiap2 nk gi merisik, yg pergi merisik td aku, poksu, moksu aku dan ayah dan mak mber aku...ayah aku dok kelate...jd dia x dpt dtg....Aku pon drive la kete menuju ke rmh org yg aku sayang...hekekekekeke....bila sampai ramai la plak sedara kt rmh dia, aku rasa mcm x nk turun kete jer..segan sangat2, berdebar2 di buatnya. aku cuba mmberanikan diri...bersikap matang, walaupon aku ni jenis yg tolol sikit, tp dalam hal ni kematangan tu penting...tol x?hihihi...bila masuk rumah, proses perbincangan pun bermula, aku hanya mndiamkan diri, sb x pandai nk borak2 pasal ni...semua aku serah kt org tua...masa proses perbincangan ni ada gak sikit2 aku kena pangkah kat org2 tua...tersipu2 malu aku, hahahahahahaha....ko org x payah tau la ayat apa yg org2 tua pangkah aku td, nt klu ko org tau teruk plak aku kena kutuk...hihihihi...
            Masa perbincangan ni berpeluh aku di buatnya, walau pun kipas berpusing pada kelajuan 100 km/jam...sb aku x biasa dalam hal ni...dulu aku pernah jgk gi merisik utk kawan aku, tp aku x berdebar pon sb bkn aku yg nk kawin....ni lain cite, aku yg nk kawin, sb tu dada ni dup dap dup dap dup dap dup dap.....huhuhuhu.....
           Setelah selesai perbincangan, maka tarikh pertunangan aku ditetapkan, dan akn di langsungkan pada 21/11/10 sempena hari lahir org yg aku sayang tu....manakala hari persandingan aku kt jerantut ni pada 21/5/2011..Semoga segala urusan ni berjalan dengan lancar...amin.......
          

Friday, October 15, 2010

rona-rona kehidupan di upsi2

        Masa minggu oreintasi punya la sibuk, mula dari pagi sampai ke malam baru jumpa bilik...klu x, dok bertapa kt dewan SITC  tu lah seharian. Masa minggu  orientasi ni ramailah aku knl mber2 baru... sonok gak dapat kawan baru, ada dari sabah dan sarawak...klu org semenanjung tu kira biasa la, tp org sabah dan sarawk ni istimewa sket, sb aku suka dgr diaorg bercakap....klu time sesi pembentangan dlm kelas mmg jelas dan lantang lah suara diaorg...lecterur pun puji....tp org semenanjung pon bgus gak...kira sama bgus lah senang cite....hehehe... Minggu pertama kt upsi ni masing2 sibuk nk kena isi borang tu la,borang ni la, cop tu la,cop ni la...kn bgus klu nk berurusan apa2 bg jer kad pengenalan,settle semua masalah,..mcm kawan aku pnh cite, klu kt london bg pengenalan diri jer utk urusan apa2,cepat dan sepantas kilat urusan dah selesai...Tapi sekarang kerajaaan dah menuju ke arah dasar tu sekarang...bgus2...semoga dasar tu boleh di laksanakan secepat mungkin..amin......
       Bila masuk sesi p&p kt upsi, kelas pun bermula la mcm biasa, aku ni org baru terkial2 nk cari kelas kt mana...tp upsi ni x lah seluas mana kampusnya, setengah jam jer dah habis round2 klu jalan kaki, klu nk banding dgn UUM tu  mmg jauh sekalli lah luasnya,...Aku sebagai pelajar baru masa ni mmg skema lah, datang setengah jam awl ke kelas, bila tggu nk masuk kelas tu sempat lg bc buku, kunon nk tunjuk rajin la...hahahahahaa..tp bila dah lama kt upsi, jgn harap la nk wat cam tu, kena kutuk kt mber lagi ada la klu baca buku....time studi week  jer aku bc buku...tu pun terpaksa sb nk exam...malas tol aku ni...hurrrmmm........
      Bila dapat asingment mula la kalut, sb x tau nk wat camner. buku rujukan lak dah la kurang masa tu, jadi ni mmbuatkan aku sukar nk buat asingment...maklum lah masa ni x tau apa2 la...budak baru katakan...Ada satu ketika tu aku kena panggil kt lecterur, sb bdk pompuan group asingment aku repot ckp aku x wat keje...hampeh tol...bdk laki sume kena pnggil kt lecterur...tp tu dulu la..aku dah x kisah pon skarng..bila nk hantar asingment, seminggu sebelum tarikh hantar asingment tu, semua dah settle...kira complete lah asingment aku...tapi bila dah lama dok kt upsi,esk nk hantar asingment mlm tu baru kalut nk buat...pernah satu hari tu aku x tido semalaman, pagi tu plak ada kelas dan nk hantar asingment, bila nk naik tangga pusing2 kepala aku, sib baik x tergolek aku kt situ...jadi aku pesan kat sape2 yg baca blog aku ni jgn tangguh2 keje ek...buat awal lagi baik...heheh.....ok lah..aku nk gi skool,nk gi tolong mber aku  mengecat makmal komputer sb mggu dpn ada pertandingan keceriaan...salam..........

KELATE 3 SELANGOR 0

        Mlm ni penuh budak2 kat rmh aku tgk bola....aku semestinya pnyokong tegar RED WARRIORS,ada jgk pelajar aku yg sokong selangor,mber rmh aku lak smmgnya sokong selangor,sb dia org banting..sambil aku dok layan pesbuukk,layan gak bola...org ckp sambil mnyelam minum air...bila jer klate sumbat gol,melompat2 bdk2 ni,bergegar rumah aku....sekali lg rumah aku bergegar apabila jaringan kedua di lakukan...bagi pelajar aku yg mnyokong selangor masing2 diam...aku apa lagi,buat la tarian asli melayu dpn diaorg,nk bg dia org bengang...hahahahahah......dalam hati aku berkata"mesti bdk2 ni ckp tolol tol cikgu kita sorg ni...'"hahahahah...tolol jrg2 sekali x per....tol x?hekhekhek....
         Masuk separuh masa kedua,kelate nampak slow sikit pergerakan, masing2 diam tgk tv,mcm patung lak aku tgk diaorg,td riuh sangat...masa diam ni masing2 sibuk dok mengunyah maruku dalam botol...klu ada 10 botol pon abis bdk2 ni bedal...masa zaman aku dok asrama dulu jgn harap la nk tgk bola sekali dgn warden...dia org ni bernasib baik..tp aku saje jer nk amik ati bdk ni sb 3 ari lepas aku rotan diaorg,jadi mlm ni buat2 baik sikit...hehehehe.....
       Pas tu rumah aku bergegar lagi setelah kelate berjaya mnjarngkn gol kali ke3..sekalli lagi aku menari2 dpn diaorg, pastu diaorg bengang lg dgn aku, kebetulan masa tu jam dah 10.30,jd bdk2 ni gi minum mlm jp, aku pon wat riuh kunonya kelate mnjaringkan gol ke4,cpt2 diaorg lari dari kantin ke rumah aku,ada yg bawa cawan,ada yg roti kt mulut,ada yg tumpah air....adus...lucu plak aku tgk budak2 ni...bila diaorg sampai,aku pon ckp. tttiiiiiippppuuuuuuuu jerrrrr....apa lagi, bising la diaorg.....hahahahahahahah...padan muka ko budak....kena tipu kt cikgu....gelak sorg2 aku di buatnya....hahahahaha....apa2 pun...mlm ni cukup meriah,...sambil rmh aku pon berselerak diaorg kubang.....huhu.....aku puji klate main mlm ni,pnyokong pon aku bg 100% baik,sb berdisiplin,mercun pun kurang, gocoh pon x dok mano....gggooooooooddddd......

                                                         

rona-rona kehidupan di upsi

        Tersebutlah al-kisah seorang anok muda hendak pergi menuntut ilmu di tanjung malim.setelah mendapat surat tawaran dari pihak upsi,aku pon mula lah membuat persiapan untuk ke sana. seminggu nk lapor diri mmg sibuk lah...macam2 barang yg nk kena beli,excited sangat nk masuk upsi kunon..hahahaha....sehari sebelum nk upsi,aku singgah jp rmh abg aku kt putrajaya. sb dia prnh keje kt tg.malim dulu.jd x da masalah la aku untuk ke sana..mak ayah aku x dpt hantar aku,so aku dan abg aku jer pergi sana...
        Setelah sejam lebih naik kete,aku pon sampai lah kat pekan tg.malim...bandar yg terkenal dgn pusat pengembangan ilmu pendidikan tatkala dulu..sedikit pengetahuan untuk ko org. Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala LumpurTanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai BernamMalim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu.


        Tanjong Malim, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis. Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 – 1870, bergelar menteri :Dato’ Menteri Jamili ,Dato’ Menteri Katib b Dato’ Menteri Jamilin,Dato’ Menteri Doba Dato’ Menteri Katib,Dato’ Menteri Amin b Dato’ Menteri Doba dan Dato’ Menteri Mat Taya b Dato’ Menteri Amin
                                                         
      
  Setelah aku sampai ke upsi aku pon mula menetap di kolej za'ba. boleh tahan jgk la tmptnya....bg aku ni yg org kampung, kediaman yg di sediakan mmg cukup selesa. Kampus induk dengan kolej kediaman aku agak jauh sedikit. Jadi aku ke kelas dengan menaiki bus yg disediakan oleh pihak upsi..nk beli muto time ni duit x da..so naik bus lah kome...huhu...bila bgn lewat,mula la berasak2 di waktu pagi dgn student lain nak naik bus. Sampai kena berdiri kt tngga bus pon ada. tu dulu la,tp skang aku rasa mutu perkhidmatan bus yg disediakan mungkin dah lebih baik...apa2 pon seronok jgk bila di kenang balik berebut2 naik bus utk ke kelas.....



                                        

Thursday, October 14, 2010

kisah aku semasa menuggu utk ke upsi

       mmmmm...nk di jadi kan cerita,selepas aku abis tingkatan 6 dan nk tggu masuk ke IPTA aku keje jp kat dewan mkn smk teknik kuala lipis....masa keje kt sini macam2 perangai budak leh aku tgk,ada yg baik,ada yg nakal,ada yg tolol.ada yg beriman macam2 lah...tugas aku kt sini time adalah sebagai tukang basuh pinggan,sapu dewan mkn,angkut guni beras,guni guni gula,bawang,potong ayam,tolong masak sikit2 yg mana patut dan sewaktu dgnnya...almklum lah kuli batok ore klate oyak...mcm2 keje aku kena wat...kdg2 gaduh jgk dgn mber sekerja...sb masing2 mls nk buat keje..hahahaha...warden kt sekolah teknik ni sporting orgnya..aku lupa dah nama dia,tp aku pnggil ustz jer...tp penyelia kt sini cerewet,...silap sikit kena tegur...kunon nk jaga sangat budak2 asrama time ni....budak2 punya la jahat...tp x la semua....yg aku gerammnya,pas diaorg mkn,bknnya nk buang elok2 sisa makanan tuh,di buangnya bawah meja,pas tu basuh tgn lak ats meja mkn....penuh air ats meja,...bangang punya budak...aku la yg kuli batok ni kena sapu pas diaorg mkn...mmg angin lah aku..time mkn selalu jer mcm tu,...dah berbuih mulut aku pesan,tp diaorg tetap degil...ni la budak2 zaman skrg...xder adab langsung,pas tu klu x nk mkn.mknan yg di ambil buang mcm tu jer...mmbazir tol...xbersyukur lgsung dgn limpahan rezeki ALLAH SWT bg pada kita...
         masa keje kat sini aku sempat lagi curi2 main skate...mmg gian la klu x dpt nk main sehari...segala jenis tong aku nk lompat..hahahah...kunon nk tunjuk hebat kat budak2 sek teknik la time ni...padahal lompat x lepas2 pon.wakaakakk....terjun sana,terjun sini,tp landingnya kadang2 jer yg ok...huhuhu.....tp x per...jnji dapat lepas gian...ada gak budak2 klate yg sekolah kt sini join aku main skate,leh tahan jgk la diaorg main....kasut aku yg tuk main skate habis hancur2....terpaksa la pinjam budak2 sekolah punya...time ni x dok duit lg nk beli kasut...gaji kuli batok ni pon murah jer...gaji aku masa keje sini rm450 jer...tp sib baik mkn kt sini di tanggung...berak jer sendiri2.....hahahahah.....apa2 pon keje kt sini menggal kan pelbagai kenangan......


                                         

jumaat yg sibuk

      klu hari jumaat aku tgk cikgu2 di sini masing2 sibuk.....hahahah....1st cikgu laki....kalut jer...al mklumlah jumaat adalah hari yg pendek di sekolah...tp ada jgk cikgu laki kt sini bila pas jumaat mereka sangg p lg dtg ke sekolah untuk urusan tertentu.bgus..chayok,chayok...ada yg sibuk tgh nk mnyiapkn buku rekod....pada yg bergelar cikgu  semua dah sedia maklum,hari jumaat wajib hntar buku rekod....tp ada jgk yg x hntar...sb x berkesempatan nk siapknnya...jd diorg hntar pg isnin..jnji bos x marah dah...huhu....

      td masa aku abis kelas,ada kawan aku punya la bagus,masa dia nk tggu masuk kelas sempat lagi nk siapkan buku rekod mengajar sambil dok menulis atas berenda kt depan kaki lima kelas...mmg ada ciri2 cikgu yg cemerlang lah kawan aku ni....hihihihi...masa yg terluang mmg x di sia2kan....bagus,bagus,bagus.....pagi tadi sebelum rehat bos nk jmp aku,jadi aku pon gi lah jmp dia kt opis,dia mintak nk jadual induk,aku pon mula blur sebab x pandai nk print jadual induk kt sistem jadual...tp nasib baik lah ada sahabat aku cikgu baharim dan cikgu syikin,leh aku mintak pertolongan diaorg..jadual tu nk di hantar pada hari isnin,,..fuhh...lega....okai lah,nk gi hntar buku rekod mngajar jp....rojer n out.........

belajar dan gila2..

masa aku form1 hingga 6 di smk sultan ibrahim satu mcm2 kenangan x dapat di lupakan...terutamanya masa tinggal di asrama smk sid 2....masa tu asrama aku terletak di smk sid..kongsi dengan bdk2 sek lain...yg besnya asrama aku ni bkn satu pagar dgn asrama pompuan...asrama pompuan ni letaknya kira2 800meter dgn sekolah aku...bila masuk asrama tahun 2000 aku kunon2nya nk belajar la...tp cam hampeh....bnyak main drp belajar...dah la selalu tido lewat kt asrama..gi sekolah mula la tido dlm kelas,,..ada kawan aku sorg tu selalu jer gi lewat ke sekolah...sampai mak bapak kena pnggil datang skool....maaf la klu demo terase due weh...hahaha....tp skang dia jadi cikgu jgk wlupon selalu gi lewat ke skool....pesanan aku kt due'mu jgn marah pelajar yg dtg lewat'sb mu pon sama cam tu dulu...hahaahah.....mmmm,,,,...bila tiba result spm...masing2 takut nk bukak slip...tp nk x nk kna buka jgk...bila tgk result....adus....ala kadar jer....sekadar leh naik ting 6 jer...aku pon sambung lagi kt sekolah tu naik form 6...setahun lebih belajar,dekat dah nk exam....tp dekat nk exam adi kaku plak meniggal....fuhhh...dugaan tol...sedih jgk..tp yg hidup mesti meneruskan hidup....tol x?mmmm....bila time exam aku pon jawab la....risau jgk sb masa studi dulu selalu kuat main...kot2 result x ok...tp..bla kuar result....fuhhhh....x pcaya aku,besar kepala aku bla tgk result time tu....melompat2 aku....bkn nk bngga kn....tp kena bngga jgk...hihiih...aku dpt PNGK 3.6..ok la tu...terima kasih cikgu2 kerana sudi ajar ambo...kepada murid2...satu jer cara nk cemerlang....masa dlm kelas bg fokus...jgn main2...balik klu x nk studi pon x per dah....tu la petua yg aku guna masa studi dulu....ngantok weh....nite........


                                                      






sambungan kisah hidupku masa kecik...

setelah setahun aku berada di kota bharu,sekitar tahun 1985 aku bersama mak aku,nenek aku dan step father aku mula menetap di kg.kubang bemban,pasir mas...bermula lah sesi persekolahan aku di sini dari pra hinggalah tingkatan enam...macam2 kenangan kisah hidup aku di sini...kisah pahit,manis,masin,tawar,kelat...sume ada..huhuuh....di sini aku mmpunyai ramai kawan...ada yg baik,sedikit baik,jahat sepenuhnya pon ada jgk....hahahahaha...kepada kawan2 aku yg jahat sepenuhnya tu masih belum terlambat untuk berubah....dari kecik aku kawan dgn dia,sampai skrg dia masuh lg jadi jahat...huhuu...aku mls nk sebut nama dia...nt kan ada plak yg akan saman aku.....lg pon aku ni pon bknnya baik sangat....tp x la sejahat manusia yg suka bunuh membunuh org tu...hahahahah........aku ingat lagi pada hari pertama aku gi sekolah pra,mmg aku ni mengamuk lah kt sekolah,siap panjat tingkap lg terjun...semata2 nk balik rumah..fuhhh...sampai skang lagi aku masih ingt peristiwa tu...bila sampai rmh,teruk aku kena tibai kt ma aku...klu ko org nk tau ma aku mmg seorg yg garang masa zaman aku sekolah dulu....tp skang x garang dah la.....huuuu.....naik sekolah rendah aku mula bersekolah di SRK SULTAN IBRAHIM 3,x banyak sangt cite masa sekolah rendah...tp cikgu yg aku paling sayang adalah cikgu.....adus....aku lupa plak nama dia....td dah ingt kejapp....x pe lah...nt aku ingt aku bg tau ko org...masu ksekolah menengah aku bersekolah di SMK SULTAN IBRAHIM 1.cukup bnyak kennagan di sekolah ni..aku sekolah di sini antara tahun 1997 hingga 2003....lupa nk bg tau....masa aku umur 5 tahun nenek aku mula berpindah ke pahang....dan sampai sekarang di menetap di kg.besul jerantut...tp masa nenek aku pindah ke jerantut,aku masih lg menetap di pasir mas...cuma bila cuti raya dam cuti sekolah yg panjang aku mesti akan balik ke jerantut.....sb aku sonok tinggal dgn nenek aku dan atok aku...





kawanku yg otak geliga

mlm ni aku cuba belajar untuk buat blog dgn kawanku yg mmg kepala hotaknya cukup terer sekali bab2 internet....tp hujung bulan ni dia dah nk meniggalkn aku....sisa2 masa yg ada ni akn aku guna sepenuhnya untuk curi ilmu daripadanya....hahahahaha.....siap la ko faizal,x tido mlm la pas ni ko,akn bnyak soalan2 yg akn ku tanya....AWAS,....tp soalan yg baik2 La....ko org jgn salah sangka plak....hihihi.........

Permulaan hidupku di dunia & permulaan kisah hidupku di blog......

Aku telah di lahirkan ke dunia yang indah ini pada tanggal 26 julai 1984. aku rasa semua kawan2 aku yang rapat mesti dah tau tarikh lahir aku ni....tiap kali nk sampai hari besday aku mesti bertubi2 mesej sampai...tp hadiah x bnyak pon dapat...hahahah...aku di lahirkan di kg marak kota bharu....nenek aku pernah menceritakan kepada aku ttg kisah hidup aku semasa aku menetap di sini dulu kala,...aku tinggal di kg ini tidak lama sekitar satu tahun sahaja.,namun cerita ttg kisah hidp aku di sini mmg cukup sonok di dengar apabila nenek aku petah menceritakan kisah hidup aku yg belum masih mngerti apa2 pada masa ini...pernah sekali nenek aku bg tau yg pada masa kecik aku berlari2 mengejar motor semata2 untuk mendapatkan aiskrim roti...skang ni jarang dah sangat org jual aiskrim roti....klu ada pon diaorg x taruk kacang dalam tu....huhuhu...mybe nk jimat kot....almaklum lah..dulu kos murah sangt nk buat askrim....nenek aku cakap,masa aku lari kejar askrim,ada pacat kt pusat aku..siap bunting pacat tu hisap darah aku...sampai sekarang aku takut dgn pacat...tu lah puncanya..hahahahahahaa.....