Friday, November 16, 2012

Monday, November 5, 2012

CUTI PANJANG

Rasa macam dah bosan cuti terlalu panjang. Tapi apakan daya masih belum mampu untuk pegi kerja. Kepala aku masih lagi pusing-pusing. Selepas accident bulan lepas tiba-tiba jadi begini. Esok aku nak gi jumpa doktor plak. Kalau doktor tu tak tau puncanya nanti aku nak cakap "apa lu belajar dulu?semua ked tak tahu".haahaaa... aku tak berani nak cakap mcam tu kat doktor
Silap hari dicucuknya aku dengan ubat tido tu tak ke mampus.
Disebabkan kebosanan cuti panjang ni juga buat aku online je 24 jam dok kat rumah. Jadi selama 4 tahun aku guna broadband bulan ni merupakan bulan paling banyak kuota broadband aku pakai. Nak dijadikan ceritA terpaksa pula ditambah dua gig kerana kuota dah habis. Aku guna pakej celcom KPM. Sebulan bayar rm50 je untuk 5gig dan selalunya aku guna tak sampai pun dua gig sebulan.
Minggu ni pula dah minggu akhir sekolah. Pastu sambung pula cuti akhir tahun dua bulan. Fuhhhhh....3 bulan cuti beb. Jadi kepada mereka yang baca update aku ni jangan jeleslah ye. Haahaahaa... oklah..perut aku dah lapar ni. Nak gi selongkar peti jap tengok menda yang boleh di rangos...salamm..

MUSIM HUJAN

Musim hujan sudah tiba. Jadi kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki SPM sekarang jangan gatal-gatal nak main hujan. Nanti demam tak pasal-pasal jawab exam di hospital. Maka tersebutlah alkisah semasa hamba kecil dulu andai kata ingin mandi hujan terpaksa meminta kebenaran daripada emak. Sekiranya pelepasan tidak diberi selagi itulah hamba memujuk emak untuk mandi hujan. Setelah kebenaran diberi maka terlalu gembiralah hati ini untuk bermandi hujan bersama rakan-rakan semasa kecil. Sekian.